Monday, February 14, 2011

SERAM!! penunggu sungai pisang


post ini bersambung dari post sungai pisang sebelum ni.


taw x sungai pisang ade penunggu? seram beb..

x caye? tengokla sndiri...

Saturday, February 12, 2011

Sungai Pisang


Banana River
Ingat x mase aku tulis entri Nasik lemak dulu aku ade ajak korang pegi cycling ke sungai pisang plak. sepatutnya aku pegi minggu lepas or mase cuti mid semester arituh. tapi xjadi. pagi tadi baru jadi, 12hb 2 2011.

Sebelum aku cerite la perjalanan aku ngan kawan aku cycling ke sungai pisang tu aku nak crite la sikit pasal sejarah sungai pisang ni. nape die panggil sungai tu pisang lak an. aku tgk xde pun pokok pisang kat situ mahupun air terjun berbentuk pisang atau ape² pun yang berkaitan ngan pisang kat situ.

Wednesday, February 2, 2011

seram..

malam tadi mase aku tgh melancar perang mosquito wars: episode 2 - attack of the mosquitoes ade benda pelik terjadi. sedang aku sibuk membalas serangan askar² nyamuk tiba² pintu aku bergerak sendiri. bile aku pandang pintu tu tibe² je ade bunyi orang tampar nyamuk jugak kat sebelah aku.
............



aku berenti kejap sebab cuak, tapi orang kate wat bodoh jer. untuk nak tunjukkan aku cool ngan perkara tuh aku pun sambung wat massacre dengan askar² nyamuk tuh. malam tu aku menang dengan lebih 10 ekor tentera nyamuk mati. medan perang (dinding² dan lantai) dipenuhi dengan kesan darah yang pada aku sekirenye ia berskala besar pasti menambah keseraman malam tu.
habis je warfare aku terhadap nyamuk aku pun sambung tido.

skang aku taw la nape adik aku tak nak tido kat bilik belakang tu.......

nota kaki: nyamuk kat rumah aku tak lut kalau serang pakai ridsect. sebab tu la aku kena wat warfare tiap² malam.

Tuesday, February 1, 2011

Jasamu Dikenang.....

Entri kali ni aku nak citer pasal perjalanan aku balik umah kat batang kali dari UIA sabtu lepas.
Al-kisah.... hari aku xlah bermula dgn baik sbb aku bgn lewat. bgn² dah kul 11 lebey. dengan pale berdenyut aku terus bergegas mandi. lebey kurang kul 12.30 camtu ak pun jalan gi tunggu bas kat bus stop depan econs.
Pastu bas pn sampai. mula² perjalanan aku memang xdak masalah. memang normal la org cakap. dari uia nek bus smpai CM. pastu nek komuter sampai Rawang plak.
Kat Rawang la bermulanye episod sakit kepala aku. Ta'ban. Oleh kerana aku nak jimat duit aku decide nak nek bas mini je dari Rawang sampai taman umah aku.


calculation
nek bas mini = RM2.50 smpai umah trus,
nek tren=RM 2.90 sampai stesen batang kali then nek teksi sapu lak tambah RM2-RM3 baru sampai umah.
jauh kot beza.

tapi tunggu punya tunggu bas xsampai². da sejam tunggu aku fedup aku patah balik g stesen komuter. nek tren je sampai btg kali. masa sampai kat btg kali hari tgh hujan. nak xnak redah jugak smpai stesen teksi plak. tapi igtkan da smpai situ dapatla nek teksi sampai rumah. skali die wat prangai same mcm bas jgk. aduiii.. nak xnak aku pun kenala jalan kaki sampai umah. hujan² pun aku redah jugak. da xsanggup menunggu² lagi dah. huhuu..

dengan muka sedih aku pun teruskan berjalan... jalan... jalan.........jalan.......

tiba² je ade sorang brader ni nek moto benti sebelah aku.
brader: rumah murah?
aku: haa???
brader: nak gi rumah murah ker?
aku: eh,x. ligamas..
brader: ha,bolehla. nekla. tapi separuh jalan jela. sampai sekolah menengah je boleh.
aku: xpe ke bang?
brader: xpe², naik². tapi sampai sekolah menengah je ok?
aku: ok². mekasih bang! =D

serta-merta kelajuan aku yang tahap siput malas bergerak masa tu bertukar menjadi selaju motosikal 110cc.

sampai je kat sekolah aku ucap time kasih lagi sekali. aku nak bagi die duit tapi die xnak n mungkin nak elakkan aku paksa die trime duit tu die pn dgn lajunye blah dari c2.
seumur hidup aku xpernah pun ade org asing offer aku tmpang camtu. sumpah aku bersyukur walaupun cuma separuh jalan. kepada brader tuh, kalau aku jumpe ko lagi aku blnje ko isi minyak moto full tank! jgn ko tibe² bawak moto 500cc sudah..huhuu

hm,sebalik setiap perkara buruk pasti ade kebaikan. walaupun bas dan teksi telah menghampakan dan men'tensen'kan aku. tapi in the end bile aku tgk masih wujud org bek hati camtu bnda tu wat aku tersenym and lupe pade bas dan teksi sebelum ni. dan die wat aku berfikir. kalau la ramai macam ni kan bagus. kalau aku la mcm ni kan lagi bagus? hurmm....... tuhan nak tunjuk tuu.. huhuu

susah kan nak pergi batang kali? dari 40 mnt kalo nek keta sniri leh jadi smpai 3 ke 4 jam kalau nek public. mcm balik kedah dah.

dan esoknya aku pun demam.

p/s: icon² nih aku rembat kat tenet. just google onion. aku xtaw sape creator die. tapi di sini aku nak wat disclaimer. benda ni bkn aku punye. tribute to the creator for making such cute character.

Iklan

Assalamualaikum kawan²! iklan nuffnag kat sblh tu untuk diklik yer.... klik la weii.. tolong member wat duit.. heheh